Monday, May 15, 2017

Cuti - cuti Malaysia ~ Cameron highland

Tanah tinggi Cameron adalah tempat paling sejuk di Malaysia. Minggu ni saya dengan Hubby bercadang nak melancong ke Cameron Highlands. Dah lebih sepuluh tahun saya x melancong ke Cameron dah....kalau banding dengan masa yang saya pergi dulu, mesti banyak perubahan.

Image may contain: 1 person, mountain, sky, outdoor and nature
hihi...ni gambar ambil dari Hotel 's balcony...

Kita dua orang mula bergerak dari rumah pada pukul 8 pagi. Dari rumah I ( KL ) ke Cameron ambil masa lebih kurang 3 jam. Sebelum sampai Cameron, kita dua orang singgah ke air terjun Robinson.
Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor, nature and water
Inilah dia. Kita pakai seluar panjang, jadi xbolehlah main-main di sini. Cuma rehat kejap dan tangkap gambar. Muka hubby nampak jemukan? Sebab dia lapar..😛Bini dia ( saya ) x izin dia makan lagi sebab nak rehat kat sini. Suasana yang segar sini amat menyeronok. Maaf ya bang...


Image may contain: 2 people, outdoor and food

Akhirnya hubby beli jagung bakar di sini. Hihi...sedap juga. 
Image may contain: 1 person, hat and outdoor
Gerai - gerai sini bukan saja jual makanan dan barang hiasan, ada juga wang syiling lama. Banyak wang syiling kat sini adalah dari zaman terdahulu ( sebelum saya dilahir )😍. Dalam perjalanni bukan saja boleh melancong, ia juga menambah ilmu saya.

Image may contain: mountain, sky, grass, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, mountain, outdoor and nature
Akhirnya dah sampai. Dah sampai Cameron highlands mesti lah cuba teh " Boh" dulu. Tengok...minum minum, makan kek kat sini. Boleh juga tengok gunung- ganang kat sini. Ramai pelancong dari luar negara dtg ke sini. Kena merebut-rebut baru dapat tempat duduk sini..😋
Image may contain: 1 person, mountain, sky, outdoor and nature
Suami saya nampak jahat sekarang kerana dia dah kenyang, jadi ada tenaga buat muka cam ni...haha..main je...

Lepas minum dan makan , kita terus pergi hotel dan check in. Ada banyak lagi tempat yang menarik di Cameron. Kalau ada masa, saya akan update lagi kat sini. 👫







No comments:

Post a Comment